Pengat Pisang Pengat Durian (Tahun 4 – 6)
Rancangan ini memberikan penekanan tentang penggunaan penjodoh bilangan seperti tandan, sisir atau sikat, biji, ulas dan batang. Selain itu dimuatkan juga penjodoh bilangan bagi benda mengikut bekasnya seperti botol, mangkuk dan periuk.
Lagu:
Penjodoh Bilangan
Pelbagai benda di dalam dunia
Di darat, di laut dan di angkasa
Apa saja kejadian Yang Esa
Masing-masing ada penjodoh bilangannya
Seekor kera, tiga ekor ikan
Sebiji gelas, dua biji pinggan
Seulas limau, tiga ulas durian
Dua pasang kaki, sepasang cawan
Sehelai daun, sekuntum bunga
Sebatang sungai, tiga buah rumah
Sesisir pisang, setandan kelapa
Penjodoh bilangan tertentu sudah
Ada ketikanya mengikut keadaan
Bekasnya jadi penjodoh bilangan
Madu sebotol, kuih sepinggan
Begitu juga seperiuk santan
Banyak lagi penjodoh bilangan
Seperti urat, utas dan rawan
Kali ini hanya sekian
Jumpa lagi di lain rancangan |