Mat Salleh Pejuang Terbilang Bahagian 1 dan 2 (Tingkatan II)
Rancangan ini memaparkan perjuangan Datu Paduka Mat Salleh menentang penjajah British di Sabah. Bahagian pertama membicarakan tentang sebab-sebab dan peristiwa-peristiwa penting yang berlaku semasa Datu Paduka Mat Salleh dan pengikut-pengikutnya berjuang menentang penjajah British atau Syarikat Borneo Utara British di Sabah. Bahagian kedua pula membicarakan tentang serangan Datu Paduka Mat Salleh dan pengikut-pengikutnya ke atas British dan juga sebab-sebab beliau menerima Perjanjian Menggatal. Diharapkan rancangan ini dapat menjawab persoalan sama ada Datu Paduka Mat Salleh seorang pemberontak atau pejuang bangsa.