Jeram Ampai Bahagian 3 (Tingkatan IV – V)
Pelajar didedahkan dengan perjuangan Datuk Bahaman, Tok Gajah dan Mat Kilau menentang penjajah British di Pahang. Rancangan ini bertujuan membicarakan perjuangan Datuk Bahaman di Pahang dan Semantan khasnya dalam usaha beliau menghalau penjajah British dari Pahang. Pelajar dapat mengenal pasti sebab-sebab British menjalankan dasar imperialisme pada akhir abad ke-19 dan awal abad ke-20. Rancangan ini akan menjawab persoalan sama ada Datuk Bahaman seorang penderhaka atau pejuang bangsa. |