Jeram Ampai Bahagian 2 (Tingkatan IV – V)
Pelajar didedahkan dengan perjuangan Datuk Bahaman, Tok Gajah dan Mat Kilau menentang penjajah British di Pahang. Rancangan ini bertujuan membicarakan tentang perjuangan Datuk Bahaman di Pahang. Pelajar dapat melihat sebab-sebab British menjalankan dasar imperialisme pada akhir abad ke-19 dan awal abad ke-20. Rancangan ini akan menjawab persoalan adakah Datuk Bahaman seorang penderhaka atau pejuang bangsa. |