Kemudahan Penafian Muat Turun Bahan Hubungi Kami Kembali ke Laman Utama
Pengenalan TVP
             
   
Info TV Pendidikan
Peranan Dan Perkhidmatan Bahagian Teknologi Pendidikan:
 
  • Penghasilan bahan-bahan Pendidikan berasaskan kurikulum
    • Rancangan TV Pendidikan
    • Perisian Multimedia Pendidikan
    • Bahan Pelbagai Media
    • Bahan Pendidikan Umum
 
             
 

Sektor TVP merupakan sektor terulung di BTP. Sebahagian besar daripada tugas utama BTP diusahakan melalui sektor ini.

1. Menerbitkan rancangan TV pendidikan berasaskan kurukulum pendidikan.
2. Menyebar maklumat isu-isu semasa, khususnya tentang dunia pendidikan.
3. Menerbitkan program motivasi pendidikan khusus untuk pelajar dan ibu bapa.
4. Mengadakan siaran TVP secara langsung dan interaktif melalui panggilan telefon.

Rancangan TV Pendidikan merupakan satu program yang dilancarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dengan tujuan menghebahkan pelbagai maklumat untuk mempertingkatkan kecemerlangan dalam bidang pendidikan.
Siaran Televisyen Malaysia bermula pada 28 Disember 1963 apabila Radio Televisyen Malaysia ( RTM ) ditubuhkan di studio Dewan Tunku Abdul Rahman, Jalan Ampang. Pada 6 Oktober 1969, Rangkaian kedua RTM ( RTM 2 ) telah dilancarkan dan bermula pada 19 Jun 1972, perkhidmatan TV Pendidikan diperkenalkan ke sekolah-sekolah di Semenanjung Malaysia oleh Allayarham Tun Haji Abdul Razak bin Dato' Hussein.
Seterusnya Kementerian Pelajaran Malaysia mendapati bahawa konsortium yang dimiliki oleh 11 buah Institusi Pengajian Tinggi Awam ( IPTA ) telah bersetuju dengan pakej pendidikan yang ditawarkan oleh sebuah stesen televisyen swasta. Perubahan arus teknologi daripada analog ke digital telah mendorong Kementerian Pelajaran Malaysia beralih sejajar dengan perkembangan teknologi semasa.

Berikut adalah senario perkembangan TV Pendidikan di Kementerian Pelajaran Malaysia.

13 Januari 1996
Pelancaran Satelit Malaysia Asia Timur ( Measat 1 ) diikuti Measat II di Kurou, French Gueina, Peranchis ke slot orbit 91.5 serta 148 darjah timur telah membuka peluang penggunaan satelit dalam bidang komunikasi dan penyiaran.

25 September 1996
Stesen radio dan televisyen satelit telah dilancarkan oleh pihak ASTRO

17 Januari 2000
Perkhidmatan TV Pendidikan melalui Saluran 28 ASTRO dimulakan ke seluruh negara

Perubahan saluran TV Pendidikan daripada Saluran 28 kepada saluran 13

Kini kemudahan pakej TV Pendidikan melalui Siaran ASTRO boleh didapati melalui 11 saluran iaitu:

Saluran Program
1 RTM 1
2 RTM 2
3 TV 3
7 NTV 7
11 Discovery Travel and Adventure
13 TV Pendidikan / Tech TV
14 TVIQ
50 Discovery Channel
51 Animal Planet
52 National Geographic
61 Disney Channel

Selain itu, beberapa program TV Pendidikan telah diperkenalkan seperti Laman Minda, Lensa Pendidikan, Warisan Sejarah, Berita Pendidikan, Segmen Bersama Kementerian Pelajaran Malaysia dan beberapa rancangan khas dibuat sempena Hari Guru, Hari Alam Sekitar dan Sekolah Luar Bandar.

   
         
 
  • Merancang dan menerbitkan rancangan TV Pendidikan.
  • Membuat liputan dan menyiarkan perkembangan pendidikan semasa

 

       
         
 
  • Menerbitkan rancangan TV yang berkualiti, menarik dan berkesan dalam bidang pendidikan.
       
         
 
  • Setiap tahun Sektor TVP menerbitkan berbagai-bagai jenis rancangan untuk disiarkan yang meliputi rancangan berasaskan kurikulum sekolah rendah dan sekolah menengah
       
         
 
Unit-unit di Sektor TV Pendidikan.
  • Unit Bahasa
  • Unit Sains Kemasyarakatan
  • Unit Sains Dan Matematik
  • Unit Teknik Dan Vokasional
  • Unit Hal Ehwal Semasa
  • Unit Rekabentuk Dan Pementasan
  • Unit Operasi